suria

Penjual Batu Permata Didakwa Culik Anak Datuk

Penjual batu permata, K Sangelee Thevan, 38, (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Shah Alam, selepas menghadapi tuduhan menculik, mengurung dan menahan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang juga anak kepada seorang bergelar "Datuk" bagi menuntut wang tebusan RM850,000, tujuh tahun lepas. Sangelee Thevan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. -fotoBERNAMA
Penjual batu permata, K Sangelee Thevan, 38, (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Shah Alam, selepas menghadapi tuduhan menculik, mengurung dan menahan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang juga anak kepada seorang bergelar
Penjual batu permata, K Sangelee Thevan, 38, (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Shah Alam, selepas menghadapi tuduhan menculik, mengurung dan menahan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang juga anak kepada seorang bergelar "Datuk" bagi menuntut wang tebusan RM850,000, tujuh tahun lepas. Sangelee Thevan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seorang penjual batu permata dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menculik, mengurung dan menahan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang juga anak kepada seorang 'Datuk', bagi menuntut wang tebusan RM850,000 tujuh tahun lepas.

K. Sangelee Thevan, 38, dari Kulim, Kedah, didakwa bersama V. Ayakannu, 39, yang telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan sama serta dua lagi yang masih bebas melakukan perbuatan itu di Seksyen 13 di sini, kira-kira 1.30 tengah hari pada 4 Mac 2005.

Sangelee Thevan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditangkap pada 12 Julai lepas mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, namun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Nurul Syahida Zainal menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 2007, Ayakannu, seorang buruh kontrak, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap kesalahan itu. - BERNAMA

Artikel Lain