Kerajaan Kedah Diminta Henti Dolak-Dalik Isu Pembalakan - Semasa | mStar

Kerajaan Kedah Diminta Henti Dolak-Dalik Isu Pembalakan

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah diminta berhenti daripada terus berdolak-dalik mengenai kesan pembersihan hutan di Gunung Inas yang menjejaskan sumber air penduduk di kawasan sekitar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah juga meminta kerajaan negeri pimpinan PAS itu berhenti berselindung di sebalik ladang rakyat.

"Kalau Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kata nak buang pokok-pokok yang tua sahaja ia tidak masuk akal kerana untuk buat ladang rakyat kena tebang 100 peratus pokok yang ada di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa, di sini malam Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata akibat pembersihan kawasan seluas lapan hektar itu, penduduk di daerah Sik dan Baling kini berdepan masalah bekalan air bersih.

Minggu lepas, JAS mengeluarkan arahan agar kerja pembalakan di kawasan hutan itu dihentikan bagi membolehkan jabatan tersebut membuat penilaian mengenai kesan ke atas alam sekitar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata tindakan Azizan menjual semula semua saham Felda Global Ventures Holding adalah satu kerugian besar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan tindakan yang tidak bijak.

"Sebenarnya semua perbadanan kemajuan negeri diberi peluang oleh kerajaan untuk memiliki saham-saham yang dianggarkan boleh menguntungkan mereka dan sebab itu PKNK boleh beli saham itu dengan jumlah yang begitu besar.

"Saya juga hairan kenapa beliau (Azizan) kata tidak tahu dan tak dimaklum tentang pembelian saham itu sedangkan cek yang melebihi RM2 juta perlu ditandatangani oleh Pengerusi PKNK dan beliau sendiri adalah pengerusi tersebut," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain