SPR Terbit Buku Perjelas Isu Daftar Pemilih - Semasa | mStar

SPR Terbit Buku Perjelas Isu Daftar Pemilih

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa mengedarkan buku bertajuk 'Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan' bagi menjawab 10 isu yang sering dibangkit beberapa pihak mengenai Daftar Pemilih.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebanyak 10,000 salinan buku dwibahasa itu diedar kepada beberapa pihak termasuk jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan media di seluruh negara.

"Melalui buku yang kita terbitkan sebelum ini, kita mendapat pujian kerana setidak-tidaknya orang ramai dapat memahami isu ini.

"Tidak ramai yang faham mengenai isu-isu ini kerana ia diputar belit oleh beberapa pihak," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa SPR, di sini Selasa.

SPR sebelum ini menerbitkan buku bertajuk 'Fakta Sebenar Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR' pada April lalu, dengan cetakan sebanyak 5,000 salinan.

Abdul Aziz berkata antara isu yang diberi penerangan kali ini ialah kewujudan lebih tiga juta pemilih bukan pemastautin, 42,000 pemilih awam yang tidak memperbaharui MyKad masih berada dalam Daftar Pemilih serta maklumat yang tidak konsisten antara pemilih dan kad pengenalan.

Selain itu, buku tersebut menjelaskan mengenai alamat pemilih yang tidak lengkap, pemilih mempunyai nama serupa dan kadangkala tarikh lahir yang sama, ramai pemilih yang memegang kad pengenalan angka '71', ramai pemilih berusia 85 tahun ke atas dan terlalu ramai pengundi pos.

Abdul Aziz berkata SPR sentiasa berusaha bagi memberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan agensi itu serta menasihati semua pihak agar merujuk kepada SPR terlebih dahulu jika ada isu yang meragukan.

Pada majlis itu Abdul Aziz turut menyerahkan sumbangan kepada 45 anak yatim dari Rumah Penyayang Bistari, Sungai Buaya, Banting dan Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain