suria

PM Serah Zakat Kumpulan Felda Berjumlah RM30.6 Juta

Najib memotong kek hari jadinya yang ke-59 sambil disaksikan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto BERNAMA
Najib memotong kek hari jadinya yang ke-59 sambil disaksikan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto BERNAMA
Najib memotong kek hari jadinya yang ke-59 sambil disaksikan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Isnin menyerahkan pembayaran zakat Kumpulan Felda berjumlah RM30.6 juta kepada 14 pusat zakat negeri.

Jumlah itu adalah untuk pembayaran zakat tahun 2011 oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad sebanyak RM10,000 (pembayaran zakat interim bagi keuntungan separuh tahun kewangan), Felda Holdings Berhad sebanyak RM15,606,057 dan Koperasi Permodalan Felda sebanyak RM5,000,000.

Najib menyerahkan zakat itu kepada negeri-negeri yang diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi perdana menteri Seri Perdana.

Bayaran zakat kali kelapan itu adalah hasil daripada keuntungan operasi perniagaan Kumpulan Felda bagi tahun kewangan 2011.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut memotong pulut kuning dan kek ulang tahun beliau yang ke-59.

Kemudian Najib menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail), Rumah Anak-anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR). - BERNAMA

Artikel Lain