suria

Penjawat Awam Di Selangor Akan Terima Bonus Sama Seperti Kerajaan Persekutuan

SHAH ALAM: Penjawat awam di Selangor akan menerima jumlah bonus Hari Raya yang sama diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memastikan penjawat awam di negeri ini akan menikmati kesaksamaan dari segi bayaran bonus, sekiranya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan bonus sempena Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan.

“Jika penjawat awam Persekutuan mendapatkannya, begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini. Ia bukan hanya satu pihak sahaja.

“Ia akan menjadi sama (jumlahnya) kerana ia berkaitan dengan pencen,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Artikel Lain