Dua Lagi Suspek Insiden Pergelutan Dengan Polis Di Taman Medan Ditahan - Semasa | mStar

Dua Lagi Suspek Insiden Pergelutan Dengan Polis Di Taman Medan Ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan abang dan seorang rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden pergelutan dengan anggota polis yang sedang menyuraikan satu 'pesta' di kawasan parkir flat di Taman Medan di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata abang suspek yang berusia 29 tahun dan rakannya berusia 31 tahun itu ditahan petang Ahad.

"Setakat ini kita menahan tiga orang termasuk suspek pertama yang ditahan sejurus selepas kejadian yang mana kita percaya mereka terbabit dalam kejadian ini," katanya kepada pemberita selepas sesi tinjauan mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan di sini, Isnin.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Sementara itu, Thaiveegan menyeru agar masyarakat sentiasa menghormati undang-undang termasuk pihak berkuasa terutamanya dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.

"Undang-undang wajib dihormati, jadi apabila ada anggota polis yang bertugas memberikan arahan atau nasihat, mereka kenalah akur.

"Dalam hal ini isu tiada kebebasan tidak timbul kerana mereka boleh mengadakan pesta keramaian seperti ini tetapi haruslah ada batasnya dari segi waktu dan sebagainya supaya tidak mengganggu ketenteraman penduduk lain," katanya.

Seorang anggota polis cedera ketika cuba menyuraikan satu 'pesta' di kawasan parkir flat di Taman Medan di sini awal pagi Isnin, selepas diserang 'tetamu' pesta.

Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, anggota terbabit dan rakan setugasnya meminta sekumpulan kira-kira 30 orang yang sedang berpesta dengan muzik yang kuat daripada sistem audio kereta, agar bersurai kerana mereka mengganggu ketenteraman awam.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan manakala yang lain sempat melarikan diri.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin