Tidak Perlu Catu Air Di Selangor Pada Masa Ini – Muhyiddin - Semasa | mStar

Tidak Perlu Catu Air Di Selangor Pada Masa Ini – Muhyiddin

PUTRAJAYA: Pada masa ini, tiada keperluan untuk mencatu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia hanya berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor di mana terdapat aduan gangguan bekalan air.

Bagi kawasan-kawasan ini, termasuk Pandan Indah di Kuala Lumpur dan Kapar di Klang, Syabas telah diperintahkan untuk menghantar bekalan air, kata Muhyiddin.

“Dalam keadaan sekarang, (seluruh negeri) pencatuan belum lagi diperlukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa Kabinet khas mengenai masalah air di Selangor di sini, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel