suria

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Kawasan Bekas Lombong

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di kawasan bekas lombong berhampiran Flat Sri Johor, Batu 3 1/2, Jalan Cheras di sini Isnin.

Mayat lelaki itu yang identitinya masih belum dikenal pasti, dijumpai seorang pekerja Indah Water Konsortium pada kira-kira 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat lelaki itu ditemui tanpa baju dan hanya berseluar pendek, dipercayai telah mati kira-kira empat hari lepas berdasarkan keadaan perut yang sudah kembung.

Polis sedang menyiasat kaitan antara mayat itu dengan seorang pemancing dilaporkan tergelincir dan hilang di Sungai Kerayong, Cheras empat hari lepas.

Mohan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain