suria

Empat Buruh Filipina Ditahan Kerana Disyaki Edar Syabu

KINABATANGAN: Polis menahan empat lelaki warga Filipina dan merampas dadah jenis syabu seberat 31.5 gram bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata empak suspek tersebut berusia antara 17 dan 52 tahun itu disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di daerah itu dengan menjadi rumah mereka sebagai pusat membungkus dan mengedar dadah.

Suspek berkenaan bekerja sebagai buruh ladang dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.

Martin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39a(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana hukumannya boleh dikenakan dipenjara seumur hidup dan sebatan lebih sembilan kali. - BERNAMA

Artikel Lain