suria

Rumah Petugas Jabatan Pertanian Perlis Musnah Dalam Kebakaran

KANGAR: Awal Ramadan disambut duka oleh seorang kakitangan Jabatan Pertanian Perlis, Yasmin Husain, 53, apabila rumahnya di Repoh dekat sini musnah dalam kebakaran, Sabtu.

Ketika kejadian pada pukul 8.40 pagi, beliau sedang mengemas rumah di tingkat atas apabila bekalan elektrik terputus dan diikuti asap tebal menyelubungi rumah.

"Ini dugaan bulan Ramadan," kata Yasmin yang menetap di rumah papan dua tingkat itu bersama suami dan tiga anggota keluarga yang lain.

Beliau berkata semasa kejadian hanya dia dan suami berada di rumah manakala penghuni lain keluar dengan urusan masing-masing.

"Kami hanya dapat menyelamatkan kereta. Barangan lain semuanya musnah," katanya.

Pegawai Bomba Kanan Mohd Subry Ahmad berkata pihaknya mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Adun Pelagus Selamat

Artikel Lain