suria

Penjawat Awam Diminta Lindungi Rahsia Kerajaan

KOTA KINABALU: Penjawat awam di negara ini diminta agar lebih peka dengan rahsia kerajaan dan tidak mendedahkannya kepada umum.

Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Datuk Johari Jamaluddin berkata masih terdapat kelemahan pada aspek tersebut yang menyebabkan ada rahsia kerajaan tersebar dalam khalayak ramai.

"Kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak kakitangan dan bukan hanya bergantung kepada seorang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Keselamatan: Perlindungan Tanggungjawab Bersama, di Likas dekat sini, Jumaat.

Katanya perkara itu akan dijadikan agenda utama dalam setiap mesyuarat bagi memastikan isi perbincangan dan mesyuarat kekal dirahsiakan.

Beliau juga berkata penjawat awam harus didedahkan kepada akta berkaitan keselamatan bagi meningkatkan kefahaman mereka dalam usaha melindungi rahsia kerajaan.

Taklimat itu dihadiri lebih 500 penjawat awam di Sabah yang turut disertai Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain