Empat Rentung Dalam Kemalangan Di Jempol - Semasa | mStar

Empat Rentung Dalam Kemalangan Di Jempol

JEMPOL: Empat rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, semua mangsa yang belum dikenalpasti mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Keratong.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu menyebabkan semua mangsa di dalam Nissan Navara berkenaan tersepit dan gagal keluar selepas kenderaan itu dijilat api. "Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya," katanya.

Katanya kedua-dua kenderaan itu hangus sama sekali dan mangsa yang tersepit juga rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

Katanya, pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan memberitahu punca sebenar kejadian masih disiasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain