suria

Janin Dijumpai Dalam Loji Pembentungan

KUALA LUMPUR: Janin perempuan dijumpai dalam loji pembentungan berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Taman Wahyu, Jinjang dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata janin berusia antara lima hingga enam bulan itu dijumpai terapung oleh seorang lelaki rakyat tempatan yang juga pekerja loji pembentungan itu pada pukul 3 petang.

Janin itu dipercayai dibuang dalam tempoh 12 jam lepas, katanya dalam SMS kepada Bernama, Khamis.

Janin bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain