Helikopter Terhempas Di Sri Aman - Semasa | mStar

Helikopter Terhempas Di Sri Aman

KUCHING: Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama berkata, berdasarkan laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga asing bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 8.57 pagi.

"Saya dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang," katanya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, juruterbang terbabit diselamatkan sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.

Menurutnya gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi