suria

Suspek Bunuh Ejen Hartanah Juga Disyaki Terlibat Kes Bunuh Lain

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ejen hartanah di Ara Damansara Jumaat lepas, turut disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang ahli perniagaan bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kes pembunuhan itu melibatkan seorang ahli perniagaan dalam bidang percetakan.

Mayat lelaki itu ditemui dalam semak juga di Ara Damansara.

"Isteri ahli perniagaan itu yang merupakan rakyat Vietnam membuat laporan berhubung kehilangan suaminya, Chan Kok Seng, 31, pada 20 Jun dan (mayatnya) ditemui enam hari kemudian," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Beliau berkata, polis mendapat petunjuk baharu itu setelah kedua-dua suspek rakyat asing yang berumur 20 dan 25 tahun itu mengaku melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek, masing-masing ditangkap pada 7 Julai dan Jumaat lepas selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan ejen hartanah, Tang Yong Ching, 45.

Mayat Tang ditemui Jumaat lepas. -BERNAMA

Artikel Lain