suria

Lima Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kepala Batas

KEPALA BATAS: Lima keluarga di Kampung Kovil di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah papan mereka musnah dalam satu kebakaran malam Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berkata lima jentera dengan 30 anggota bomba masing-masing dari Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Perai dan Kuala Muda mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran yang berlaku 8.40 malam itu masih disiasat.

Semasa kejadian, kebanyakan mangsa tiada di rumah. -BERNAMA

Artikel Lain