suria

Lelaki Menyamar Polis Ditahan Bersama Dadah Di Besut

BESUT: Seorang penganggur yang cuba menyamar sebagai anggota polis ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Kampung Terbok, dekat Kampung Raja di sini Rabu.

Polis menemui satu tiub straw dadah serta pil berwarna kemerahan dipercayai Methamphetamine bersama lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika ditahan oleh polis bahagian Narkotik, suspek memperkenalkan dirinya seorang anggota polis.

"Polis turut menemui pakaian vest berlambang polis dan sepasang pakaian polis yang disangkut di dalam kereta itu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah. - BERNAMA

Artikel Lain