suria

Agong Dan Permaisuri Berangkat Ke Forum Perdana Diraja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Forum Perdana DiRaja di Istana Negara, malam Khamis.

Forum anjuran Istana Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Naza Corporation, yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara yang baharu itu, adalah bersempena dengan pertabalan Seri Paduka.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selain 600 hadirin dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Naza Corporation dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Forum bertajuk 'Marhaban Ya Ramadhan', yang disiarkan secara langsung di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), disertai tiga panel iaitu Panel Kajian Syariah Jakim Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri, Badlishah Alaudin dari Jabatan Agama Islam Pahang dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail dari Jabatan Siasah Syariah Universiti Malaya.

orum itu antara lain mengajak umat Islam membentuk rohani dan jasmani mulia sepanjang bulan Ramadan. - BERNAMA

Artikel Lain