suria

Pembalakan Jadi Sumber Pendapatan Utama Kerajaan Kedah

ALOR SETAR: Apabila industri pembalakan menjadi sumber pendapatan utama kerajaan Kedah, orang ramai mula berasa marah terutamanya diakalangan pecinta alam sekitar dan orang-orang kampung yang terjejas teruk akibat penebangan beribu-ribu hektar hutan termasuk hutan malar hijau.

Penduduk kampung telah beberapa kali membuat demonstrasi bagi menggesa pihak bertanggungjawab menghentikan penebangan hutan namun usaha mereka hanya sia-sia sahaja.

Ini kerana kerajaan negeri telah menegaskan bahawa penebangan hutan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada skim ladang getah dikenali sebagai, Ladang Rakyat.

Manakala, permintaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan negeri menghentikan proses penebangan hutan bagi mewujudkan ladang rakyat ditolak mentah-mentah.

Kerajaan negeri lebih memikirkan keuntungan berlipat kali ganda kerana harga balak yang melambung tinggi di pasaran.

Daripada tinjauan yang dijalankan The Star mendapati kawasan terbaru yang diluluskan untuk pembalakan ialah hutan simpan, Jeniang di Sungai Petani yang mana ia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian antara 80 hingga 100 hektar setiap satu dan dicat dengan warna merah bagi menandakan sempadan.

"Kebanyakan pokok yang terdapat di Jeniang berusia lebih daripada 50 tahun. Antaranya ialah Meranti, Merbuk, Keruing dan Jelutong yang sering digunakan untuk membuat perabot berkualiti tinggi," katanya.

Spesies lain yang turut ditemui ialah pokok Karas yang sering dijadikan ekstrak minyak wangi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain