Saya Tidak Pernah Baca Dokumen - Dr Ling - Semasa | mStar

Saya Tidak Pernah Baca Dokumen - Dr Ling

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pada Selasa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah membaca dokumen dan lampiran dalam segala urusan rasmi.

Dr Ling berkata beliau lebih banyak merujuk kepada memo dan surat kerana dokumen dan lampiran biasanya telah dibaca oleh pegawai kanannya.

Beliau yang menjadi saksi pertama pembelaan dalam kes berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) turut memberitahu bahawa beliau tidak memahami sebarang penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ditanya peguam Wong Kian Kheong adakah beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mematuhi penilaian yang dibuat oleh JPPH, Dr Ling berkata: "Tidak."

Dr Ling berkata beliau juga tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta mengenai jumlah faedah dan kos berkaitan projek PKFZ.

Beliau turut menafikan berbuat demikian (menyembunyikan fakta) terhadap Kementerian Kewangan dan menteri kabinet lain.

Dr Ling berkata surat kepada Dr Mahathir juga dihantar tanpa sebarang niat untuk menipu dan segala isi kandungannya adalah daripada maklumat yang disampaikan oleh pegawai kanannya.

Mengikut rekod mahkamah surat tersebut menyatakan mengenai cadangan pengambilan balik tanah menerusi kaedah 'willing buyer, willing seller' yang dipersetujui bersama syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Dr Ling yang merupakan saksi pertama pembelaan berkata isu kos, kadar faedah, pembayaran dan pembangunan tanah bukan berada di bawah tanggungjawabnya sebaliknya ia perlu dijelaskan oleh Kementerian Kewangan.

Mengenai surat sokongan berkaitan penerbitan bon bagi membangunkan projek tersebut, Dr Ling berkata beliau tidak menerima sebarang aduan mengenainya daripada Dr Mahathir.

Dr Ling yang mula memberi keterangan sejak Jumaat lepas masih mengekalkan kenyataan bahawa tiada seorangpun daripada pegawai kanannya memberitahu bahawa perjanjian jual beli tanah itu tidak mematuhi penilaian JPPH.

Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Sebelum prosiding berakhir, Dr Ling sempat memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bahawa beliau tidak sepatutnya dituduh dan berharap Hakim Ahmadi menyoalnya.

Pertanyaan itu membuatkan hakim, timbalan pendakwa raya dan orang ramai yang mengikuti prosiding tertawa.

Hakim Ahmadi berkata tugas menyoal akan dilakukan oleh pihak pendakwaan dan mereka tentunya mempunyai banyak soalan.

Perbicaraan bersambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?