Latheefa Letak Jawatan Anggota Majlis MBPJ Keputusan Sendiri - MB Selangor - Semasa | mStar

Latheefa Letak Jawatan Anggota Majlis MBPJ Keputusan Sendiri - MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya meletak jawatan sebagai anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan kerajaan negeri.

Beliau berkata pihaknya juga masih belum menerima surat rasmi daripada Latheefa berhubung peletakan jawatannya itu. "Kalaupun saya sudah menerimanya (surat letak jawatan) saya akan bincangkan mengenai perkara ini dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Vibrant Selangor 2012: Seminar & Showcase" anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Selasa.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli Majlis MBPJ berkuatkuasa serta merta semalam.

Ketika ditanya sama ada punca peletakan jawatan Latheefa disebabkan desakan daripada parti sendiri, beliau berkata perkara itu juga akan dibincangkan pada mesyuarat Exco esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Latheefa Koya Letak Jawatan Ahli MBPJ

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin