suria

FMT Minta Maaf Kepada Lynas

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited, yang telah menerima publisiti buruk selama lebih setahun berikutan kilang pemprosesan nadir bumi di Pahang, merasa gembira dengan permohonan maaf oleh Free Malaysia Today, sebuah portal berita dalam talian.

Pengerusinya Nick Curtis berkata, Lynas sentiasa menyatakan bahawa kilangnya di Kawasan Perindustrian Gebeng, berdekatan Kuantan, adalah selamat kepada komuniti di sekitar tempat operasinya, dan menyokong pandangan ini dengan fakta sains.

"Kilang itu diuji sepenuhnya ketika pemeriksaan yang terperinci dan cekap oleh pengawal selia berkaitan," katanya dalam satu ulasan yang dihantar ke Bernama apabila ditanya tentang permohonan maaf portal itu.

Di laman webnya, www.freemalaysiatoday.com, Mtoday News Sdn Bhd memohon maaf terhadap artikel-artikel yang telah diterbitkannya sebelum ini yang mendakwa kilang Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai.

"Kami memohon maaf di atas penerbitan tersebut kerana dakwaan itu tidak mempunyai asas saintifik. Kajian semula kawal aturan kilang Lynas telah dilakukan dengan terperinci dan berhati-hati," tambahnya.

Artikel Lain