suria

Bekas CEO Sime Darby Akan Didakwa

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubair telah ditahan atas kesalahan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM80 juta berhubung tanah adat di Sarawak.

Beliau ditahan selepas menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 10 pagi Isnin selepas kenyataannya direkodkan.

Ahmad Zubair kemudian dibebaskan dengan jaminan dan dijangka akan didakwa di Sekyen 409 Kanun Keseksaan atas dua tuduhan salah guna kuasa.

Pengarah bahagian siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali turut mengesahkan penahanan tersebut namun beliau enggan mengulas lanjut.

Difahamkan Ahmad Zubair didakwa gagal mempertahankan kepentingan Sime Darby dalam pembelian dan penjualan tanah kepada sebuah syariat persendirian, akibatnya Sime Darby menanggung kerugian lebih daripada RM80 juta.

Sime Darby mula berhadapan dengan masalah pada 2010 apabila ia mengalami kerugian sebanyak RM2.1 juta dalam sektor tenaga dan utilitinya pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, mengakibatkan Ahmad Zubair diminta mengambil cuti.

Laporan akhir daripada perunding luar telah diserahkan kepada jawatankuasa siasatan pada 14 September tahun yang sama.

Juuraudit forensik bebas KPMG dan Deloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd bersama pakar penasihat undang-undang telah dilantik bagi meneliti situasi empat projek, termasuk Empangan Bakun .

Artikel Lain