suria

Polis Cari Suami Isteri Warga Myanmar Untuk Hadir Kes Mahkamah

NIBONG TEBAL: Polis Seberang Perai Selatan (SPS) mencari sepasang suami isteri warga Myanmar untuk hadir di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 30 Julai ini bagi membantu dalam perbicaraan kes cubaan bunuh.

Pegawai Penyiasat kes berkenaan Insp Mohd Saiful Lal Mohammad berkata kehadiran Min Maung Lay, 41, dan isterinya Ma Khing berusia 30-an di mahkamah adalah penting bagi mengemukakan suspek ke muka pengadilan.

"Alamat terakhir pasangan itu ialah 709, Lorong 1 Sungai Kechil Camp, Nibong Tebal di sini dan kedua-duanya gagal dikesan 13 Sept tahun lepas," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai pasangan suami isteri itu diminta menghubunginya di talian 012-4307005 atau 04-5824222.

"Kita harap orang ramai dapat membantu pihak polis kerana pasangan suami isteri itu dikehendaki hadir ke Mahkamah Sesyen (3) Butterworth, dekat sini pada 30 Julai depan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain