suria

Modul Baru Latih Pengawal Keselamatan Kekang Jenayah Di Pusat Beli-Belah, Parkir Kereta

PUTRAJAYA: Polis sedang melaksanakan modul baru untuk melatih pengawal keselamatan bagi mengekang gelombang jenayah di pusat membeli-belah dan parkir kereta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, polis akan memuktamadkan modul latihan itu secepat mungkin untuk mempersiapkan kira-kira 25,000 pengawal keselamatan yang kini bekerja dengan 330 pusat membeli-belah di seluruh negara.

"Ia bukan isu sama ada kadar jenayah meningkat atau tidak. Apa yang penting adalah rakyat berasa selamat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di pejabatnya untuk menetapkan sasaran baru bagi fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk jenayah.

Artikel Lain