Dakwaan Polis Terlibat Ugut Pegawai SPRM Satu Fitnah - Semasa | mStar

Dakwaan Polis Terlibat Ugut Pegawai SPRM Satu Fitnah

KOTA BAHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menegaskan dakwaan anggota polis terlibat dalam kes ugutan terhadap beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke sebuah lombong emas haram di Sungai Emas, Felda Perasu, Gua Musang, Khamis lepas, adalah fitnah.

Sebaliknya, beliau berkata empat suspek yang dipercayai mengugut pegawai SPRM berkenaan telah ditangkap polis pada 10 malam tadi dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

"Itu fitnah, jangan bercakap dan jangan buat andaian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri di Politeknik Kota Baharu, Kok Lanas, di sini, Isnin.

Semalam, Jalaluddin dilaporkan berkata, Polis Kelantan telah mengenal pasti dua daripada lapan lelaki yang disyaki mengganggu tugas dan menahan sebuah kereta dipandu pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya dalam operasi mencegah kegiatan lombong haram di kawasan itu.

Berikutan kejadian itu, empat laporan polis dibuat pihak SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mengugut), Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan), Seksyen 353 (menghalang penjawat awam melaksanakan tugas) dan Seksyen 427 (khianat). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain