Umno Kelantan Yakin Mampu Tawan Pengundi Luar - Semasa | mStar

Umno Kelantan Yakin Mampu Tawan Pengundi Luar

JOHOR BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan keyakinan Umno mampu menarik pengundi Kelantan yang berada di luar untuk menyokong parti itu sekaligus memastikan Barisan Nasional merampas negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata hasil program turun padang untuk berjumpa pengundi luar yang diadakan sejak dua bulan lepas seperti di Shah Alam, Rawang dan Kajang, menunjukkan sambutan yang agak luar biasa. "Pada masa ini terdapat 150,000 pengundi luar yang merupakan 15 peratus daripada 90,000 pengundi berdaftar di negeri Kelantan.

"Ia merupakan satu angka yang besar dan boleh jadi penentu kepada kemenangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Himpunan Anak Kelate di Johor' di Dataran SOBB, Skudai di sini malam tadi yang dihadiri hampir 500 anak Kelantan dari seluruh negeri ini.

Mustapa tidak menafikan kekurangan sokongan pengundi luar merupakan antara faktor kegagalan BN menang di Kelantan pada pilihan raya umum lepas.

Namun katanya belajar dari pengalaman, biro pengundi luar telah memperbaiki kelemahan itu dengan bertindak lebih proaktif dalam mendekati pengundi luar, antaranya mengadakan pertemuan empat mata dengan anak Kelantan melalui program futsal dan gulai kawah. Terdahulu berucap pada majlis itu, Mustapa berkata anggapan Kelantan masih mampu membangun walaupun diperintah PAS adalah salah kerana kebanyakan pembangunan itu disumbangkan oleh kerajaan persekutuan. "Kelantan nampak comel sebab kerajaan persekutuan, kami bina hospital, universiti dan menggaji pegawai kerajaan membolehkan mereka membina rumah yang besar-besar dan cantik. "Beri peluang kepada BN dan kami akan buat lebih banyak pembangunan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain