suria

Syabas Mahu Catu Bekalan Air

PETALING JAYA: Pemegang konsesi air, Syabas akan meminta kebenaran untuk memulakan pencatuan air segera di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang disebabkan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan kawasan utama yang menghadapi krisis air yang serius kerana tahap simpanan air di 34 loji rawatan turun kepada purata dua peratus di bawah tahap selamat yang memerlukan sekurang-kurangnya 20 peratus.

Syarikat tersebut akan meminta kebenaran Suruhanjaya Perhkidmatan Air Kebangsaan untuk mencatu sebanyak 112 kawasan di Klang, Petaling, Hulu Langat, dan Kuala Lumpur yang paling terus terjeas sejak berlaku gangguan bekalan air mula berlaku April lalu dan ia dijangka menjejaskan sekurang-kurangnya 209, 678 premis dan 1 juta penduduk.

“Kami tidak mampu membekalkan air yang mencukupi ke Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang kerana kami tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi dan situasi ini diburukkan lagi dengan tempoh kemarau yang berlaku,” kata Ruslan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengagihkan air kepada penduduk di Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan yang merupakan salah satu kawasan di Selangor yang menghadapi gangguan bekalan air.

Kawasan taman perumahan tersebut dan kawasan sekelilingnya terputus bekalan air sejak petang Jumaat.

Ruslan berkata Syabas juga telah menyenaraikan senarai kawasan kejiranan yang terjejas dengan menyekat bekalan air di kawasan lain untuk tempoh beberapa jam setiap hari atau selang sehari.

Beliau berkata pihaknya telah menerima ribuan panggilan telefon daripada penduduk yang marah dan mengadu mengenai gangguan bekalan air yang berlaku.

Syabas hanya memiliki sebanyak 42 lori pengangkut air yang hanya mampu mengangkut 6,700 air statik, dengan 3,000 pekerja syarikat ini hanya mampu melayan gangguan maksimum daripada 250,00 premis pada satu-satu masa.

“Jika keadaan semakin teruk kita jangkan sebanyak 7.1 juta penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan terjejas. Ini akan menyebabkan kita tidak mampu menanganinya kerana keupayaan kami amat rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang terjejas,” katanya.

Keenganan kerajaan Selangor bersetuju dengan cadangan kerajaan pusat untuk membina loji rawatan Langat 2 bagi memudahkan pemindahan bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor, justeru Ruslan menggesa kedua-dua pihak berunding mengenainya.

“Kita minta kerajaa negeri dan pusat selesaikan perbezaan pendapat mereka dalam isu ini bagi memastikan bekalan air yang mencukupi,” katanya.

Ruslan berkata kerajaan pusat telah meluluskan kira-kira RM650 juta merancang pembinaan Langat 2 sehingga projek berkenaan disiapkan.

Ini termasuk projek rawatan air Sungai Labu yang akan menampung keperluan bekalan air di Sepang, Nilai dan Fasa 3 Sungai Selangor di Selatan Selangor.

Ruslan berkata kesemua projek berkenaan dijadual siap sepenuhnya menjelang 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Lain