suria

Jangan Hanya Bergantung Kepada Sokongan Umno - Muhyiddin

JOHOR BARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berusaha keras pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan tidak hanya bergantung kepada sokongan Umno.

Beliau berkata, semua calon perlu turun padang untuk bertemu pengundi.

Muhyiddin turut mengingatkan ahli Umno supaya menyokong siapa saja calon yang dipilih Perdana Menteri untuk bertanding atas tiket BN.

"Jangan persoalkan calon yang dipilih oleh presiden parti dan calon parti komponen," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Gelang Patah di sini, Sabtu.

Beliau menggariskan tiga strategi yang mesti diguna pakai Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Ia merangkumi memastikan perpaduan secara berterusan di peringkat bahagian, memperbaiki hubungan antara Umno dan parti komponen dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau kemudiannya mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menyelesaikan masalah di kawasan itu.

Kerusi Parlimen Gelang Patah mempunyai 104,040 pengundi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain