suria

Tiga Perompak Larikan 11 Dulang Emas Di Batu Caves

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abd Rahim Abdullah berkata kejadian itu berlaku pada 11.28 pagi.

"Seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut cedera di kepala akibat dipukul dengan pistol," katanya.

Beliau berkata semua suspek, yang belum dikenal pasti identitinya, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran JLN 4488.

Katanya, jumlah kerugian belum ditaksirkan. - BERNAMA

Artikel Lain