suria

Seda Cadang Tindakan Undang-Undang Ke Atas Tony Pua

PUTRAJAYA: Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Seda) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota parlimen DAP, Tony Pua berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.

Pengerusi Seda, Tan Sri Dr Fong Chan Onn menegaskan, tuduhan yang dilakukan oleh setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu merupakan satu tuduhan yang serius.

Fong berkata, beliau dimaklumkan bahawa penasihat undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.

"Ini untuk menentukan sama ada Seda dan kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang (terhadap Pua)," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Artikel Lain