suria

Polis Rampas Bekalan Pencetak Palsu Bernilai RM1.8 JuTA

KUALA LUMPUR: Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd (HP) pada Jumaat mengumumkan rampasan lebih 13,000 bekalan kartrij palsu di Malaysia bernilai lebih daripada RM1.8 juta oleh polis dalam serbuan baru-baru ini.

Polis tempatan merampas pelbagai jenis kartrij dakwat, termasuk label keselamatan dan peralatan lain, bekalan dan mesin palsu dalam serbuan di Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataan hari ini, HP berkata syarikat itu sentiasa mempertahan jenama dan hak harta intelek asal bekalan HP dengan melibatkan diri dalam amalan antipemalsuan bagi menangani pengeluaran palsu, pengedaran dan jualan produk HP palsu.

HP berkata ia menjalin kerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan bagi melakukan serbuan itu.

"Komitmen kami kepada pelanggan merupakan pendorong utama pemantauan pasukan antipemalsuan kami, kerana memahami bahawa jualan produk palsu memberi impak negatif kepada pelanggan serta jenama HP. "Barangan palsu yang dibeli pelanggan, yang menganggapnya sebarang barangan tulen HP, gagal memberikan kualiti cetakan terbaik dan kerap kali kartrij gagal beroperasi sama sekali," kata Jeff Kwasny, Pengurus Jenama Gobal, Pelindungan Jenama, Pencetakan dan Sistem Peribadi dan Antipemalsuan HP. -BERNAMA

Artikel Lain