suria

Suruhanjaya Tinggi British Akan Berpindah Ke Menara Binjai Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi British yang terletak di Jalan Ampang bakal berpindah ke kompleks baru berhampiran.

Menara Binjai yang akan dibuka merupakan alamat baru suruhanjaya tinggi itu nanti.

Pemilik kompleks setinggi 35 tingkat itu telah menandatangani perjanjian untuk menyewakan tingkat 27 kepada Suruhanajaya itu.

Pemindahan itu dijangka selesai awal tahun depan, dan sedang membuat persiapan untuk menjual bangunan suruhanjaya tinggi sekarang.

Pejabat Luar dan Komanwel British (FCO) telah memberi kelulusan untuk proses yang dikendalikan melalui tender yang dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

Keputusan untuk menjual bangunan itu bertujuan untuk mengurangkan bajet jutaan pound.

Pemindahan lokasi itu menjimatkan kos berikutan suruhanjaya tinggi memperuntukkan untuk menyewa premis yang lebih murah berbanding dengan bangunan sedia ada.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Ray Kyles pada Khamis berkata, keputusan untuk pemindahan lokasi itu bertepatan dengan komitmen baru Britain untuk memperkukuhkan hubungannnya dengan Malaysia dan “memenuhi keperluan diplomasi abad ke-21”.

“Premis suruhanjaya tinggi yang baru akan menempatkan seramai 60 kakitangan dalam persekitaran yang moden dengan menggunakan teknologi maklumat terkini,” katanya.

Kyles berkata, lokasi kediaman pesuruhjaya tinggi di Jalan Langgak Golf, yang dikekalkan sedang diubah suai.

Pejabat suruhanjaya tinggi berpindah daripada rumah agam bersejarah Carcosa yang dahulunya digunakan sebagai kediaman dan pejabat pesuruhjaya tinggi sehingga lokasi itu dirasmikan oleh Ratu Elizabeth 11 pada 1989.

Terletak di kawasan segitiga emas, bangunan baru di kawasan seluas lebih 1.21 hekta itu dikatakan boleh mencecah harga sekurang-kurangnya RM200 juta.

Selain kompleks pejabat, aras canseri itu turut melibatkan unit kediaman untuk para diplomat British.

Bagi tempoh 2008 dan 2009, FCO menjual lebih 60 juta pound (RM300 juta hartanah di 11 negara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain