Polis Tahan Pengurus Peribadi Uncle Seekers Untuk Bantu Siasatan - Semasa | mStar

Polis Tahan Pengurus Peribadi Uncle Seekers Untuk Bantu Siasatan

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenaya Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya.

Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Baharu bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.

Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka.

Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain