suria

Audit Penggunaan Bahasa Melayu Dilaksanakan Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Pengauditan terhadap penggunaan Bahasa Melayu akan dilaksanakan dalam enam sektor perkhidmatan awam pada tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan iniasiatif itu semasa pelancaran Pelan Tindakan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka 2011-2015 berkata, audit berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan tindakan untuk meningkatkan penggunaan dan memahirkan bahasa kebangasan, terutamanya di kalangan penjawat awam.

“Sistem audit bahasa pada permulaan akan memberi tumpuan kepada enam sektor yang kini di bawah bidang kuasa jawatankuasa pelaksanaan bahasa kebangsaan iaitu perkhidmatan awam, tempat awam, penyiaran dan komunikasi, kewangan dan perbankan, perdagangan dan pendidikan,” kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa pelaksanaan bahasa kebangsaan.

Pengauditan bahasa kebangsaan bagi sektor-sektor lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua program tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain