suria

PM Lancar Pelan Induk PKS Untuk Bawa Industri Ke Tahap Lebih Tinggi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) (2012-2020) yang digambarkan Perdana Menteri sebagai pemain utama yang dapat mengubah perusahaan kecil dan sederhana ke tahap yang lebih tinggi.

Bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan produk keluaran dalam negara kasar (KDNK) IKS daripada 32 peratus (2010) kepada 41 peratus dalam tahun 2020, rancangan itu terdiri daripada 6 program berimpak tinggi dan 32 inisiatif.

"Inisiatif ini dijangka untuk mencapai empat objektif utama, iaitu untuk memacu pertumbuhan perniagaan, meningkatkan bilangan syarikat inovatif dan pertumbuhan tinggi, meningkatkan produktiviti, dan untuk manjadikan perniagaan ini sebagai perniagaan formal," kata Najib pada majlis pelancaran, Khamis.

Artikel Lain