suria

Penganggur Terbabit 30 Kes Ragut Sejak Enam Bulan Lalu Ditangkap

IPOH: Peragut yang terbabit dengan 30 kes sejak enam bulan lalu akhirnya diberkas.

Penganggur lelaki berusia 25 tahun itu melakukan 'tugas' terakhirnya pada pukul 3.45 petang pada Selasa apabila dia merampas beg tangan daripada seorang wanita di Kampung Simee.

Polis mula bertindak selepas menerima laporan. Mereka menyerbu rumah sewa lelaki terbabit di Bercham yang terletak sejauh 5km dan menangkapnya pada pukul 5 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata lelaki itu disabitkan dengan kes-kes di Canning Garden, Ipoh Garden dan kawasan Sungai Senam.

Beliau berkata polis menemui 22 kad bank, 11 kad pengenalan, 10 lesen memandu, enam beg tangan, enam dompet, telefon bimbit, kad minyak, kad pelajar dan buku akaun bank milik mangsa.

Suspek positif dadah dan mempunyai rekod melakukan jenayah kekerasan terhadap seseorang penjawat awam.

Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek melakukannya secara sendirian.

Artikel Lain