suria

Hutang Lebih RM300 Juta Dikutip Daripada Talam - Abdul Khalid

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telahpun mengutip hutang sejumlah RM302,711, 391 daripada Talam Corporation (Talam), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu baki bayaran RM80 juta daripada Talam.

"Mengikut pegawai MBI, duit ini akan berkembang sebab akan dilaburkan sebagai pendapatan bayaran," katanya ketika menjawab soalan Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) yang ingin tahu jumlah hutang Talam yang dikutip kerajaan negeri sehingga kini pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis.

Semalam, Abdul Khalid berkata MBI akan melantik firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang Talam sepenuhnya.

Katanya kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai pengambilalihan harta Kumpulan Talam bagi menyelesaikan hutangnya kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri bersama laporan firma audit yang dilantik semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2013 yang dijadual pada November ini. - BERNAMA

Artikel Lain