suria

DUN Selangor Lulus Usul PKNS Beri Diskaun 7 % Kepada Semua Kaum

SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada Khamis meluluskan usul agar pemaju hartanah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan potongan diskaun tujuh peratus kepada semua kaum yang berminat membeli kediaman yang dibangunkan PKNS.

Speaker Dewan Datuk Teng Chang Kim mengumumkan usul yang dikemukakan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) dan disokong Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) diluluskan selepas mendapat persetujuan majoriti anggota Dewan.

Usul itu mencadangkan agar kerajaan negeri mengarahkan PKNS untuk memberi diskaun sebanyak tujuh peratus dengan serta-merta bagi semua jenis kategori perumahan di bawah pembangunan PKNS kepada semua kaum yang lahir di Selangor.

Sidang dewan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. -BERNAMA