suria

APMM Tahan Kapal Bersauh Tanpa Kebenaran

JOHOR BAHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan sebuah kapal yang didaftar di Singapura di perairan Pengerang, Kota Tinggi di sini semalam kerana bersauh tanpa kebenaran.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata MT Titan Loyalty yang ditahan di kedudukan 2.6 batu nautika selatan Tanjung Stapa pada 11.43 pagi itu turut gagal membayar dius api dan berlabuh di kawasan larangan bersauh.

"Ketua jurutera dan pembantu kapten kapal dibawa ke ibu pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Baharu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Adon berkata katika ditahan, MT Titan Loyalty membawa sembilan kru Indonesia.

Kapal MT Titan Loyalty boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 491B (1)(I) Akta Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh di kawasan yang tidak dibenar serta bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana gagal membayar Dius Api. - BERNAMA

Artikel Lain