suria

Tiga Lelaki Cuba Pecah Masuk Rumah Penganalisis Politik

PETALING JAYA: Satu kumpulan lelaki yang cuba memecah masuk rumah seorang penganalisis politik Ong Kian Ming dekat SS2, di sini pada Selasa.

Ong, 37, berkata, beliau sedang membuat kerja dengan komputernya di ruang tamu rumah dua tingkat kira-kira pukul 4.45 petang apabila beliau menyedari sebuah kereta Proton Wira meletakkan kenderaan di luar jalan masuk ke rumahnya.

“Tiga lelaki bersenjatakan batang besi memecah masuk melalui pintu pagar dan cuba memecah pintu hadapan.

“Mereka ternampak saya di dalam rumah tetapi masih cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata, beliau menjerit meminta bantuan dan salah seorang daripada lelaki berkenaan mengugut beliau sebelum melarikan diri.

“Saya segera menghubungi polis dan mereka tiba lima minit kemudian,” kata beliau, sambil menambah telah membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park.

Artikel Lain