suria

NGO Berarak Ke Pejabat Sekretariat Selangor

SHAH ALAM: Beratus-ratus orang berarak ke sekretariat negeri dan menuntut kerajaan negeri berhenti mempolitikkan pengurusan Universiti Selangor (Unisel) serta mengekalkan padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya sebagai zon rekreasi.

Kumpulan yang terdiri daripada sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Shah Alam dan berarak ke arah bangunan SUK untuk menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kumpulan ini terdiri daripada NGO seperti Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Persatuan Bekas Veteran Malaysia, Waris Malaya, Gerakan Belia 4B Malaysia, Gerakan Masyarakat Prihatin India Selangor dan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Penganjur Protes Wan Indra Putra Ahmad berkata, memorandum itu menuntut agar Khalid menghentikan campur tangan politik dalam lembaga pegurusan Unisel dan mengekalkan kompleks padang PKNS sedia ada sebagai zon rekreasi dan bukannya menukar statusnya untuk pembangunan komersial.

Memorandum itu, yang telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Khalid, Norzatun Aini, juga mendakwa bahawa yayasan pendidikan negeri, Yayasan Selangor telah terlibat dalam menyalahgunakan dana awam berikutan kerugian RM7.41 juta dalam laporan audit baru-baru ini.

"Kami telah memberi Khalid seminggu untuk menangani tiga isu ini. Sepaptutnya masa yang diberikan adalah kerana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang berjalan.

"Jika Khalid gagal untuk memenuhi permintaan kami, kami akan membawa lebih ramai orang untuk membantah, " kata sekretariat GPRS Mohamad Zainal Khamis.

Artikel Lain