suria

Parti Kita Desak Anwar Mengaku Hina Pemimpin Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Sebuah parti politik pada Isnin mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membuat pengakuan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin pakatan pembangkang pada 2008.

Zamil Ibrahim, yang mendakwa dirinya presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), berkata beliau mempunyai rakaman video cakera padat (VCD) selama 5 minit 20 saat yang dikatakan dirakam seorang pemimpin cabang parti PKR menggunakan telefon bimbit.

Beliau mendakwa rakaman VCD itu menunjukkan Anwar, yang berada dalam satu mesyuarat PKR, menghina parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Justeru, saya minta Anwar mengaku dengan jujur dan memberitahu rakyat bahawa pada 9 Jan 2008, beliau pernah menghina PAS dan DAP dalam mesyuarat tertutup PKR di Yayasan Aman, Penanti di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

"Saya akan dedahkan rakaman VCD ini pada masa terdekat jika Anwar tidak mahu mengaku," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Bagaimanpun, Zamil tidak menunjukkan kandungan VCD itu kepada media. - BERNAMA

Artikel Lain