suria

Chua Tidak Mahu Lagi Debat Dengan Lim Kerana Hanya Bazir Masa

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak mahu lagi berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dr Chua berkata, majlis presiden MCA pada Selasa memutuskan bahawa beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan itu hanya membazir masa.

“Lim Guan Eng hanya menggunakan debat untuk menyerang orang lain kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan tidak menyertai debat yang sihat,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat presiden MCA di sini.

Dr Chua berkata, Lim menggunakan debat sebagai platform untuk mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditujukan kepadanya.

“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya.

Artikel Lain