UPP Tahan Tiga Wanita Myanmar Cuba Seludup Masuk - Semasa | mStar

UPP Tahan Tiga Wanita Myanmar Cuba Seludup Masuk

ALOR SETAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan tiga wanita Myanmar yang cuba memasuki negara ini secara haram di simpang empat lampu isyarat Bukit Kayu Hitam petang Ahad.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang memandu kereta membawa tiga wanita terbabit, kata Komander UPP Kedah, Abdul Latif Rahman pada sidang media, di sini Isnin.

Katanya, dalam tangkapan 5.15 petang itu, UPP Bukit Kayu Hitam menahan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dengan tiga penumpang wanita.

Siasatan mendapati wanita terbabit yang berusia antara 21 dan 24 tahun memasuki negara ini tanpa dokumen sah melalui 'lorong tikus' sekitar pagar pecah berdekatan Padang Golf Black Forest Bukit Kayu Hitam.

"Berdasarkan pakaian dan umur kemungkinan ketiga-tiga wanita ini memasuki negara ini atas tujuan untuk bekerja di pusat hiburan," katanya menambah kesemua wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 6(1) (c) akta yang sama.

Lelaki itu pula yang berasal dari Kuala Lumpur ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) serta Seksyen 26 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Kes itu dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah untuk siasatan lanjut, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain