suria

Selangor Mohon Bajet Tambahan RM120 Bilion

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pada Isnin memohon peruntukan tambahan menerusi Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 sebanyak lebih RM120 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan enakmen itu berkata, permohonan tersebut dibuat bagi menampung kekurangan perbelanjaan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13 peratus berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Melalui Enakmen Perbekalan (2012) 2011 yang diluluskan pada 9 November 2011, sejumlah RM1,600,000,000 diperuntukan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri.

"Berpandukan anggaran perbelanjaan sehingga Disember 2012, terdapat kekurangan sebanyak RM120,115,327.23 bagi menampung kekurangan yang diperuntukan oleh jabatan-jabatan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Menerusi bajet tambahan itu, Jabatan Perbendaharaan (Perbelanjaan Am) membuat permohonan tertingggi iaitu sebanyak lebih RM18 juta.

"Bagi maksud itu, Perbendaharaan memerlukan sebanyak RM18,155,122 iaitu sebanyak RM10 juta dikehendaki untuk menampung kos menambahbaik infrastuktur Universiti Selangor (Unisel).

"Selain itu kerajaan juga perlukan sebanyak RM8,155,122 bagi menampung pertambahan kuota pemberian pinjaman pelajaran Selangor," katanya.

Artikel Lain