Saya Tetap Mahu Debat Dengan Abdul Rani - Hasan Ali - Semasa | mStar

Saya Tetap Mahu Debat Dengan Abdul Rani - Hasan Ali

Hasan Ali
Hasan Ali

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan bahawa beliau tetap mahu berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, beliau akan menunggu kesediaan Abdul Rani sekiranya tidak mahu berdebat pada Rabu ini.

"Saya tetap akan tunggu Abdul Rani. Jika digantikan dengan Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor), pastikan dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Hasan mengulas mengenai Khalid yang akan mewakili Abdul Rani sekiranya beliau masih mahu berdebat.

Hasan dalam satu kenyataannya pada Isnin berkata, beliau bukan mengusulkan debat itu tetapi hanya menerima jemputan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas kapasiti sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

"Saya difahamkan Abdul Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar diertikan seperti saya menggunakan kaedah gangsterisme terhadap PAS.

"Sepatutnya Abdul Rani menyambut baik jemputan debat itu menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu PAS di Selangor," katanya.

Selain itu, Hasan berkata, debat itu juga dapat menjelaskan apa yang PAS negeri tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi Raja di Selangor dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap Abdul Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi penganjur," katanya.

Sementara itu, Abdul Rani memberitahu mStar Online bahawa Hasan boleh membuat pilihan atas cadangan yang diberikan sekiranya bekas pesuruhjaya PAS itu masih berminat untuk meneruskan debat.

"Tetapi debat ini akan diwakili oleh Khalid Samad. Ini keputusan mesyuarat semua ADUN PAS Selangor. Ini adalah keputusan muktamad.

"Beliau boleh pilih sama ada mahu berdebat dengan Khalid atau tidak perlu diadakan debat langsung. Beliau seharusnya bersikap profesional," katanya.

Menurut Abdul Rani lagi, sekiranya Hasan masih berminat dan bersetuju untuk berdebat dengan Khalid, beliau perlu memaklumkannya dua minggu lebih awal.

"Di pihak kami (PAS Selangor) tidak dapat meneruskan debat pada 11 Julai ini (Rabu) kerana banyak kerja yang perlu diuruskan. Apapun, ia tetap diwakili oleh Khalid Samad," katanya.

Debat Perdana yang bertajuk "PRU-13: Di Manakah PAS Selangor?" anjuran sebuah NGO di Meru, Klang pada Rabu ini didakwa melibatkan Hasan dan Abdul Rani.

Bagaimanapun PAS Selangor menolak pelawaan debat itu dan tidak pernah memberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain