suria

Lelaki Warga Ireland Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

TUARAN: Seorang lelaki warga Ireland maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di KM 6.3 Jalan Kiulu-Pukak pada kira-kira 11.25 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Zaharuddin Rasid berkata motosikal yang ditunggang oleh mangsa dikenali sebagai Desmond Francis Walsh ,48, bertembung dengan sebuah lori yang dipandu oleh orang tempatan.

Beliau berkata lori berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pukak menuju ke pekan Kiulu sebelum bertembung dan melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Zaharuddin berkata kejadian itu berlaku di satu selekoh sederhana tajam dalam keadaan cuaca baik.

Katanya mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Zaharuddin berkata pemandu lori berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA

Artikel Lain