Wanita Mangsa Ragut Maut Selepas Alami Kecederaan Parah Di Kepala - Semasa | mStar

Wanita Mangsa Ragut Maut Selepas Alami Kecederaan Parah Di Kepala

MELAKA: Seorang kerani wanita yang diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada Sabtu, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala, Ahad.

Mangsa, Tang Mui Choo, 35, disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Melaka pada 7 pagi Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt R. Gunarajan berkata ketika kejadian kira-kira 8.15 pagi Sabtu, mangsa yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kampung Lapan dari rumahnya di Taman Pokok Mangga di sini.

Beliau berkata ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang mangsa didatangi dua lelaki berpakaian serba hitam yang menaiki sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal berkenaan.

"Ekoran itu, berlaku sedikit pergelutan apabila mangsa cuba merampas semula beg tangannya mengakibatkan mangsa terjatuh daripada motosikal," katanya ketika ditemui pemberita di sini Ahad.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, abang mangsa, Tang Ah Jit, 41, yang sedih dengan kejadian itu meminta pihak polis menangkap suspek dengan segera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain