Tiga Pelajar Di Nilai Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki - Semasa | mStar

Tiga Pelajar Di Nilai Cedera Diserang Sekumpulan Lelaki

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan cedera selepas dikatakan diserang sekumpulan lelaki di kawasan sekolah itu dalam kejadian 10.45 malam Jumaat.

Bapa seorang mangsa, ASP Zulkarnain Ismail dari Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berkata anaknya dibelasah tiga lelaki berumur lingkungan 20-an selepas cuba menyelamatkan rakan yang dipukul di depan pejabat sekolah.

"Saya dimaklumkan anak saya (Muhammad Najib) bahawa kejadian berlaku ekoran seorang pelajar tingkatan tiga tidak berpuas hati dengan teguran kerana membuat bising yang dibuat seorang mangsa yang ketika itu bertugas sebagai fasilitator bagi program yang dianjurkan pihak sekolah.

"Pelajar (tingkatan tiga) itu kemudian menghubungi abangnya yang kemudian datang ke sekolah bersama dua lagi rakan sebelum membelasah pelajar tingkatan enam berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkarnain berkata anaknya serta seorang lagi rakan yang cuba membantu Mohd Salman Mohd Ismail, 18, mengalami luka dan bengkak. Sementara itu, Mohd Salman berkata ketika kejadian, beliau sedang melihat aktiviti sekumpulan pelajar tingkatan tiga, sebelum seorang suspek menghampiri dan menumbuknya bertubi-tubi.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Salman berkata seorang guru cuba menyelamatkan beliau namun tiga lelaki tersebut terus membelasahnya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Nilai dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?